Festival Filem Antarabangsa Pulau Hainan Tutup Tirai

2022-12-26 13:50:36  CRI
Share with:

Festival Filem Antarabangsa Pulau Hainan (HIIFF) keempat menutup tirainya di bandar Sanya pada Ahad.

Menurut pihak penganjur, sebanyak 3,761 filem dari 116 negara dan kawasan tersenarai untuk bertanding merebut Anugerah Kelapa Emas.Antaranya, jumlah filem dari luar negara menduduki lebih 80 peratus. 

Panel yang terdiri daripada 13 juri telah membuat penilaian dan pemilihan secara hibrid. 

Dalam pada itu, aktiviti seperti Karnival Seluruh Pulau, Tayangan Terbuka, dan Tayangan Seluruh Pulau turut diadakan untuk memberikan pendedahan yang lebih baik kepada peminat filem. 

Festival Filem Antarabangsa Pulau Hainan dianjurkan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG) dan kerajaan provinsi Hainan.