CMG Umum Sepuluh Berita Sains dan Teknologi China 2022

2022-12-26 13:56:55  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) mengumumkan sepuluh berita sains dan teknologi di China pada tahun 2022. 

Antaranya adalah: 

Makmal angkasa China ditubuhkan secara rasmi;

Lebih 200 hasil sains dan teknologi digunakan sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing;

Saintis China berjaya mencipta kaedah baharu reka bentuk struktur rangka protein;

Stesen jana kuasa tenaga pasang surut air terbesar di dunia beroperasi di China;

China berjaya membina stesen cuaca di Gunung Qomolangma;

Saintis China berjaya menyelesaikan peta super pan-genom berketepatan tinggi tentang ulat sutera;

Saintis China mencapai kemajuan signifikan dalam penyelidikan “dari ikan ke manusia”;

Saintis China menemui bahan mineral baharu di Bulan;

China memulakan era baharu dalam pencerapan ruangan matahari secara komprehensif;

Kenderaan perayau Zhurong menemui bukti wujud air di planet Marikh.