28 Orang Maut Akibat Ribut Musim Sejuk di AS

2022-12-26 16:15:23  CRI
Share with:

Menurut laporan NBC Amerika Syarikat (AS) pada 25 Disember waktu tempatan, ribut musim sejuk yang melanda negara itu pada masa ini telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 28 orang maut. Kes kematian telah dilaporkan di Colorado, Kansas, Oklahoma, Nebraska dan New York.

Antaranya bandar Buffalo di negeri New York melaporkan 7 kematian. Lapangan terbang antarabangsa di bandar itu telah ditutup untuk sementara waktu.