AS Digesa Henti Campuri Isu Taiwan

2022-12-26 16:14:32  CRI
Share with:

Menjelang akhir tahun ini, Amerika Syarika (AS) sekali “bermain api”. Pada 24 Disember waktu Beijing, Presiden Joe Biden menandatangani Akta Kebenaran Pertahanan Nasional (NDAA) tahun fiskal 2023 untuk dikuatkuasakan.

Akta itu mengandungi banyak kandungan yang menghitam nama China serta memberikan isyarat salah yang serius kepada kumpulan pemisah “kemerdekaan Taiwan”.

Padahal, NDAA ialah undang-undang domestik dan patut melibatkan urusan dalam negeri di AS.

Walau bagaimanapun, akta itu menjangkau undang-undang antarabangsa, mengheboh-hebohkan teori “ancaman China” dengan tidak menghiraukan fakta, serta mencampuri urusan dalaman China.

Menurut fakta itu, kerajaan AS akan menyediakan “bantuan ketenteraan” bernilai USD10 bilion dan “pinjaman ketenteraan” sejumlah USD2 bilion kepada Taiwan dalam tempoh lima tahun akan datang, serta mempercepat jualan senjata kepada Taiwan.

Pada setengah bulan lalu, kerajaan Biden mengumumkan jualan senjata kali ke-7 kepada Taiwan sejak beliau menyandang jawatan presiden. NDAA tahun fiskal 2023 turut menambah kandungan negatif termasuk pemberian bantuan ketenteraan kepada Taiwan.

Kesemua ini membelakangi prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, serta melanggar janji politik AS kepada China sebelum ini.

Menurut laporan media Taiwan, jualan senjata AS kepada Taiwan bukanlah bertujuan untuk menjaga kepentingan Taiwan, sebaliknya menjadikan wilayah itu sebagai mesin tunai untuk jangka masa panjang dan buah catur dalam permainan politik. Langkah AS tersebut akan membawa kesengsaraan kepada penduduk Taiwan.

Sementara itu, apa yang dilakukan oleh AS dalam isu Taiwan sama sekali menunjukkan sifat “dua muka” yang “sambil berdialog sambil mengekang” dan “sambil membincangkan kerjasama, sambil menikam” terhadap China.

Dalam rundingan pemimpin China dan AS di Bali, Indonesia pada bulan lalu, China sekali lagi menegaskan bahawa isu Taiwan adalah teras bagi kepentingan teras China. Ia juga asas bagi asas politik hubungan China-AS, serta “garis merah” yang tidak boleh dilintasi bagi hubungan kedua-dua negara. Biden dalam pertemuan itu pula mengulangi sikap AS yang tidak menyokong “dua China”, “satu China, satu Taiwan”, tidak hendak “memutuskan hubungan” dengan China, tidak hendak menghalang pembangunan ekonomi dan mengekang China.

Taiwan merupakan wilayah China. Penyelesaian isu Taiwan ialah urusan dalaman China dan tidak mengizinkan campur tangan kuasa luar.

Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) mengadakan latihan di sekitar Taiwan pada 25 Disember ini, sebagai respons terhadap Tindakan provokasi AS dan Taiwan.

AS digesa jangan melaksanakan perkara negatif yang melibatkan China dalam NDAA, janganlah semakin jauh dalam perjalanan yang salah dan berbahaya, serta kembali semula ke prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS. Jika AS bergedil mengambil Tindakan yang salah, ia hanya akan membakar dirinya.