Lapan Ribu Terjejas Akibat Hujan di Indonesia

2022-12-26 12:57:24  CRI
Share with:

Menurut Badan Pengurangan Bencana Daerah (BPBD) Provinsi Sulawesi Selatan Indonesia, sebanyak 3,046 unit rumah di Makassar, ibu kota provinsi itu dan 7,859 orang terjejas akibat hujan berterusan, sehingga jam 8.00 malam 25 Disember.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) menyatakan bahawa negara itu telah memasuki kemuncak musim hujan, dan beberapa kawasan akan mengalami cuaca ekstrem seperti hujan lebat sebelum sambutan Tahun Baharu.