Mengimbas Nostalgia Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

2022-12-26 15:21:58  CRI
Share with:

Pada awal 2022, Beijing menjadi tumpuan dunia sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Penganjuran temasya sukan Olimpik yang berjaya itu turut merangsang minat masyarakat terhadap sukan ais dan salji di negara Tembok Besar ini.

Ia sekali gus meninggalkan pelbagai legasi signifikan termasuk venue pertandingan dan prestasi dalam bidang perlindungan alam sekitar.

Klip video ini akan membawa anda memgimbas kembali nostalgia Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.