Ribut Musim Sejuk Ragut 55 Nyawa di AS

2022-12-27 14:02:42  CRI
Share with:

Menurut laporan NBC Amerika Syarikat (AS), ribut musim sejuk telah mengakibatkan sekurang-kurang 55 orang maut di negara itu.

Dalam pada itu, ribut salji yang membadai turut menyebabkan jalan-jalan ditutup dan banyak kawasan terputus bekalan elektrik.

Menurut maklumat laman web PowerOutage.us, setakat jam 1.50 petang 26 Disember waktu tempatan, sebanyak 68,696 isi rumah di negeri Washington terputus bekalan elektrik, manakala jumlah di Maine dan New York masing-masing sebanyak 17,907 dan 15,229.