China akan Kawal COVID-19 Mengikut Penyakit Berjangkit Kelas B

2022-12-27 18:14:54  cri
Share with:

Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China mengeluarkan pengumuman pada Isnin, menamakan semula COVID-19 sebagai “jangkitan coronavirus baharu” daripada “pneumonia coronavirus baharu” sebelum ini.

Selain itu, bermula 8 Januari 2023, China akan menurunkan langkah kawalan COVID-19 dari kelas A ke kelas B, berdasarkan undang-undang pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit di negara ini.

Pada masa yang sama, COVID-19 tidak lagi tersenarai sebagai penyakit berjangkit kuarantin.

Menurut pengumuman NHC itu bahawa selepas membuat penilaian komprehensif terhadap varian virus, perkembangan situasi wabak dan keadaan pencegahan dan kawalan dalam negeri, China sudah mempunyai syarat untuk menyesuaikan dasarnya mengenai COVID-19 daripada "penyakit berjangkit kelas B dengan langkah kawalan kelas A" kepada "penyakit berjangkit kelas B dengan langkah kawalan kelas B".  

Bermula 8 Januari, kawalan COVID-19 akan dilaksanakan mengikut standard baharu tersebut.