Kenderaan Tentera AS Diusir Syria

2022-12-27 18:16:12  cri
Share with:

Menurut laporan Televisyen Syria, sebanyak lima kereta perisai tentera Amerika Syarikat (AS) ditahan tentera kerajaan Syria sebelum diusir dari provinsi Hasakah, timur laut negara itu pada Isnin.

Pada masa ini, AS masih mengekalkan penempatan tenteranya di kawasan timur laut dan wilayah Tanf di Syria.

Kuasa terbesar dunia itu berulang kali menyeludup minyak dan sumber makanan dari Kawasan tersebut, menyebabkan kekurangan tenaga yang teruk dan memburukkan lagi situasi kemanusiaan di Syria.