China Jadi Teladan Kerjasama Lawan COVID-19

2022-12-27 11:08:43  CRI
Share with:

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro Moros berpendapat bahawa China merupakan suri teladan dalam kerjasama melawan pandemik COVID-19.

Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) ketika mengulas mengenai usaha China yang menyediakan lebih dua bilion dos vaksin COVID-19 kepada kira-kira 120 buah negara dan pertubuhan antarabangsa, selain turut menghantar kumpulan pakar perubatan ke Venezuela.

Maduro turut menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan saintis, doktor dan usahawan China tatkala kerajaan Amerika Syarikat (AS) melobi syarikat farmaseutikal di dunia menggantung jualan kepada Venezuela. 

Menurutnya, jutaan vaksin COVID-19 buatan China dihantar tiba di Venezuela pada 2021 sehingga memberi perlindungan yang amat baik kepada rakyat negara itu. 

Menyentuh tentang pentadbiran Parti Komunis China (PKC) yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, Maduro berkata gagasan itu bukan sahaja dipraktikkan di China sendiri, tetapi juga memberikan tumpuan kepada kepentingan rakyat sedunia.