CMG Umum 10 Berita Kewangan Terpenting 2022

2022-12-28 14:09:07  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) mengumumkan 10 berita kewangan terpenting di China pada 2022.

1. Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) diadakan dengan jayanya, melambangkan China memulakan perjalanan baharu dalam pembinaan negara sosialis moden secara komprehensif.

2. China berjaya menyelaraskan kerja kawalan COVID-19 dengan pembangunan sosioekonomi, dan agregat ekonomi sepanjang tahun diunjurkan melebihi RMB120 trilion (RM75trilion).

3. Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing menyaksikan jumlah penonton di seluruh dunia membaharui rekod, sekali gus mendorong pembangunan pesat ekonomi ais dan salji di China.

4. Jumlah pengeluaran bijirin di China melebihi 650 bilion kilogram selama lapan tahun berturut-turut, menjadi jaminan kukuh kepada keselamatan bahan makanan negara ini.

5. Jumlah pengeluaran arang batu China membaharui rekod, jumlah pengeluaran minyak mentah diunjur melebihi 200 juta tan, dan kapasiti penjanaan tenaga baharu berkembang pesat, memberi sokongan kukuh kepada pembangunan sosioekonomi.

6. Jumlah perdagangan luar China mengekalkan pertumbuhan mampan dan memberikan sumbangan positif kepada pemulihan ekonomi nasional.

7. Stesen angkasa China siap dibina secara menyeluruh dan pesawat besar C919 diserahkan kepada pelanggan. China mencapai kejayaan besar dalam industri penerbangan dan aeroangkasa.

8. Loji janakuasa hidroeletrik Baihetan beroperasi secara menyeluruh, menandakan siapnya koridor sumber tenaga bersih paling besar di dunia.

9. Platform maklumat insurans perubatan yang meliputi 1.36 bilion orang siap dibina di China, cara perkhidmatan perubatan kian banyak, cekap dan fleksibel.

10. China siap membina rangkaian jalur lebar mudah alih dan gentian optik terbesar di dunia.