Xi: Amalkan Semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC

2022-12-28 14:26:41  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat, menegaskan pentingnya untuk melaksanakan keputusan dan rancangan yang ditetapkan dalam Kongres Kebangsaan ke-20 PKC.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping menyampaikan ucapan penting ketika mempengerusikan mesyuarat yang diadakan pada Isnin hingga Selasa lalu.

Menurut beliau, Kongres Kebangsaan ke-20 telah menggariskan cetak biru untuk membina China sebagai negara sosialis moden yang kuat secara menyeluruh, dan memperkasakan kebangkitan gemilang nusa dan bangsa China melalui modenisasi ala China secara menyeluruh. Kongres itu telah mengetengahkan sasaran dan misi Parti dan negara dalam perjalanan baharu pada era baharu.

Xi menegaskan bahawa melaksanakan semangat Kongres itu adalah tugas politik utama seluruh Parti pada masa ini dan masa akan datang.