Kedamaian Lebih Diperlukan Kini Berbanding Dahulu: Guterres

2022-12-29 15:05:28  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyampaikan perutusan tahun baharu 2023 pada Rabu.

Beliau berkata, seramai 100 juta orang terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka untuk mengelakkan kekerasan, kebakaran, kemarau, kemiskinan dan kelaparan pada tahun 2022.

“Pada 2023, kita lebih memerlukan kedamaian berbanding dahulu.” kata Guterres.

“Marilah kita menjadikan kedamaian sebagai teras perkataan dan tindakan kita. Marilah kita berusaha bersama untuk menyemai kedamaian ke dalam kehidupan, dan di rumah serta dunia kita,” kata beliau.