Penerbangan Dibatalkan, Penumpang Terkandas di Lapangan Terbang

2022-12-29 13:14:59  CRI
Share with:

Cuaca ekstrem seperti ribut salji dan angin kencang membadai beberapa kawasan di Amerika Syarikat (AS) sejak 22 Disember, mengakibatkan 65 orang maut.

Ribut musim sejuk yang jarang berlaku itu memberikan impak teruk kepada pengangkutan udara negara itu.

Setakat ini, lebih 10,000 penerbangan terpaksa dibatalkan. Syarikat Southwest Airlines, yang kebanyakan penerbangan domestik kendaliannya adalah penerbangan tambang rendah, mengalami tempias paling teruk.

Sementara itu, sebilangan besar penumpang terkandas di lapangan terbang akibat pembatalan penerabangan pada Rabu.