20 Maut Kebakaran di Kasino Kemboja

2022-12-30 14:02:32  CRI
Share with:

Kebakaran berlaku di sebuah kasino di pekan Poipet, provinsi Banteay Meanchey, Kemboja pada Rabu malam. Setakat malam 29 Disember, kebakaran itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 orang maut, dan lebih 50 lagi cedera. Bilangan kematian dan kecederaan berkemungkinan meningkat lagi. 

Menurut laporan media tempatan, litar pintas dipercayai punca yang mengakibatkan permaidani dan langsir terbakar, seterusnya menimbulkan kebakaran itu.