Pele Meninggal Dunia

2022-12-30 12:27:04  CRI
Share with:

Legenda bola sepak duna, Pele meninggal dunia pada 29 Disember di Sao Paulo, Brazil pada usia 82 tahun.

Hospital Albert Einstein yang merawat Pele dalam satu kenyataan berkata, kematiannya selepas sekian lama bertarung dengan kanser disebabkan oleh kegagalan pelbagai organ.

Pele memenangi Piala Dunia pada tahun 1958, 1962 dan 1970, menjadikan beliau satu-satunya pemain yang memenangi piala itu sebanyak tiga kali, dan dinobatkan sebagai “Raja Bola Sepak”.