Tarikh Sidang Tahunan NPC dan CPPCC 2023 Ditetapkan

2022-12-31 12:51:01  CRI
Share with:

"Dua sidang" iaitu sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) 2023 akan diadakan di Beijing pada Mac 2023.

Sidang ke-38 Jawatankuasa Tetap NPC Ke-13 yang diadakan pada Jumaat meluluskan keputusan untuk mengadakan sidang pertama Jawatankuasa Tetap NPC ke-14 di Beijing pada 5 Mac 2023.

Selain itu, Jawatankuasa Kebangsaan Ke-13 CPPCC baru-baru ini mengadakan mesyuarat pengerusi dan memutuskan bahawa sidang pertama Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 CPPCC akan diadakan di Beijing pada 4 Mac 2023.