Xi, Putin Saling Ucapkan Selamat Tahun Baharu

2022-12-31 19:58:31  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin saling mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu melalui pertukaran perutusan pada 31 Disember.

Xi Jinping menyatakan, walaupun menghadapi situasi antarabangsa berubah-ubah serta penularan wabak di seluruh dunia, hubungan China-Rusia tetap mengekalkan trend perkembangan yang sihat dan mampan. 

Tahun 2023 merupakan tahun pertama untuk melaksanakan semangat Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) secara komprehensif, dan hubungan China-Rusia juga akan menyambut peluang pembangunan baharu.

“Saya bersedia mengekalkan pertukaran lawatan dengan Presiden Putin, memperkukuh koordinasi strategik komprehensif dan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” ujar Xi.

Putin dalam perutusannya mengatakan bahawa dalam tempoh setahun lalu, dialog politik kedua-dua negara meliputi pelbagai aspek, nilai perdagangan dua hala membaharui rekod, dan projek infrastruktur pengangkutan rentas sempadan utama pun telah diselesaikan. 

Beliau berkata, kedua-dua pihak dipercayai dapat meningkatkan kerjasama dua hala ke tahap lebih tinggi demi kesejahteraan rakyat China-Rusia.