Perutusan Tahun Baharu 2023 Presiden CMG

2023-01-01 15:39:22  CRI
Share with:

Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong menyampaikan perutusan Tahun Baharu kepada para penonton dan pendengar di seberang laut melalui Rangkaian Televisyen Global China (CGTN), Radio Antarabangsa China (CRI) dan platform Internet, pada hari ini.


Rakan-rakan sekalian,

Bermandikan sinaran matahari yang hangat pada musim sejuk ini, kita menyambut ketibaan tahun 2023 yang penuh harapan indah. Saya di Beijing mengucapkan salam sejahtera dan selamat Tahun Baharu kepada anda semua.

Pada tahun 2022, Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan dengan jayanya telah menegakkan misi dan jalan memperkasakan kebangkitan gemilang nusa dan bangsa China melalui modenisasi ala China.

Sebagai peserta, saksi dan perakam era baharu ini, CMG telah membuat laporan komprehensif tentang kongres tersebut kepada rakyat seluruh dunia. Di samping itu, kami menghasilkan beberapa program unggul, menceritakan kisah-kisah menarik yang berlaku di China dalam tempoh sepuluh tahun lalu, dan mendapat pujian daripada penonton dan pendengar dari dalam dan luar negara.

Pada tahun lalu, CMG giat meneroka mod baharu "fikiran + seni + teknologi" dan berusaha memperkenalkan lebih banyak program unggul.

Dalam laporan ke atas Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, CMG mempertontonkan 'roman ala China' dengan elemen sains dan teknologi, berjaya mengintegrasikan semangat Olimpik dengan budaya China, dan menyerikan temasya Olimpik itu menggunakan teknologi tinggi.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach menyatakan bahawa laporan dan penyiaran CMG ke atas Sukan Olimpik itu telah mencapai skala dan kejayaan yang tidak pernah dicapai dalam sejarah.

Pada sepanjang tahun lalu, program-program unggul yang dihasilkan CMG seperti "China dalam Karya Klasik", adalah terjemahan artistik terhadap peradaban China yang bersejarah beribu tahun, dan juga penerokaan terhadap keharmonian hidup bersama peradaban manusia.

Gala Tahun Baharu China, Gala Pesta Kuih Bulan, dan Gala Tahun Baharu telah membawa tempias positif budaya China di luar negara. Sementara itu, beberapa pameran program CMG di luar negara seperti Festival Tayangan China, Ikatan China-Amerika Latin, dan Ikatan China-Afrika menjadi jambatan bagi rakyat China dan luar negara untuk meningkatkan persefahaman dan rasa saling belajar.

Dalam sepanjang tahun lalu, CMG telah menganjurkan beberapa forum dan aktiviti media, antaranya Forum Inovasi Media Global pertama, Forum Tinggi Pertukaran Kemanusiaan China-Argentina, dan Forum Kerjasama Media China-Arab. Ini bukan sahaja memperkukuh mekanisme kerjasama serantau "rakan media", malah juga merapatkan persahabatan antara media China dengan rakan kerjasama dari luar negara.

Selepas Kongres Kebangsaan ke-20 PKC, CMG telah menganjurkan 58 sesi interaktif di seberang laut, bersama-sama pengamal media asing membincangkan nilai sezaman modenisasi ala China serta maknanya kepada dunia, dan mendapat respons positif dari lebih 2,000 media antarabangsa.

Presiden China, Xi Jinping berulang kali menegaskan bahawa China secara teguh berdiri di pihak yang menjunjung kebenaran sejarah dan kemajuan peradaban manusia, berusaha menyumbangkan kebijaksanaan dan pelan China kepada keamanan dan pembangunan umat manusia.

Daya komunikasi ialah satu indeks penting bagi sesebuah media antarabangsa, manakala kebenaran merupakan daya hidup bagi semua media. Pada tahun lalu, CMG melengkapkan rangkaian pengumpulan berita global, dan berusaha meningkatkan kecekapan laporan ke atas isu hangat global.

Buat masa ini, penyiaran CMG bertamah daripada 44 bahasa kepada 68 bahasa yang meliputi 233 negara dan kawasan di dunia.

Dalam laporan mengenai konflik Rusia-Ukraine dan situasi COVID-19 di seluruh dunia, CMG menyingkirkan prejudis, menjunjung kebenaran, danmenyampaikan pendirian China yang objektif dan adil kepada seluruh dunia.

Pada tahun ini, CMG akan terus mara ke hadapan dengan cekal hati, membuat liputan dari setiap sudut tentang China kepada masyarakat antarabangsa.

Tahun ini juga ulang tahun kesepuluh Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). CMG akan terus berkawan dengan media antarabangsa, menggalakkan komunikasi dan saling belajar antara peradaban, memikul tugas media untuk menyemarakan nilai bersama umat manusia dan membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

"Bumi nan indah disinari mentari, bunga nan harum ditiup angin." Musim bunga bakal menjelma tiba. Saya ingin sekali lagi mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu kepada rakan-rakan sekalian. Semoga anda sihat dan sejahtera. Terima kasih.