Penerbangan Sulung Pesawat C919 pada 2023

2023-01-01 14:02:30  cri
Share with:

Pesawat C919, pesawat besar buatan China yang pertama di dunia telah menjalankan penerbangan pengesahan kali pertama pada tahun baharu ini.

Pada jam 8.30 pagi tadi, penerbangan MU7809 kendalian China Eastern Airlines itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao Shanghai menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing.

Ini juga penerbangan pengesahan kali ke-9 pesawat itu sejak ia diserahkan kepada syarikat penerbangan berkenaan pada 26 Disember 2022.

Untuk rekod, pesawat C919 perlu menjalankan penerbangan pengesahan selama 100 jam.

Sebagai pelanggan pertama pesawat C919, China Eastern Airlines akan membekalkan data dan pengalaman penerbangan pengesahannya kepada pihak-pihak berkaitan untuk membantu penambahbaikan pesawat model baharu itu.