Xi Ucapkan Tahniah kepada Cyril Ramaphosa

2023-01-01 14:44:44  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Cyril Ramaphosa yang sekali lagi dilantik sebagai Presiden Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), parti pemerintah di Afrika Selatan. 

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC),  dalam perutusan tahniahnya berkata, persahabatan tradisional antara PKC dengan ANC telah wujud sekian lama. Komunikasi dan kerjasama antara kedua-dua parti amat berhasil dan banyak menyumbang kepada perkembangan hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.

“Saya bersedia bersama presiden Ramaphosa untuk mengetuai hubungan kedua-dua parti dan negara berkembang ke tahap lebih tinggi, bergembleng tenaga untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Afrika dan komuniti berkongsi nasib sesama insan,” ujar Xi.