Israel Serang Lapangan Terbang Damsyik, Dua Maut

2023-01-02 13:30:04  CRI
Share with:

Tentera Israel melancarkan serangan peluru berpandu menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik dan kawasan sekitarnya, awal pagi tadi. 

Menurut agensi berita rasmi Syria, SANA, serangan itu menyebabkan dua askar maut dan dua orang lagi cedera.

Difahamkan, lapangan terbang terbabit juga menggantung perkhidmatan buat sementara waktu.