Korban Banjir di Filipina Meningkat kepada 51
2023-01-02 13:05:29 CRI
Angka korban akibat hujan lebat di Filipina meningkat kepada 51 orang manakala 19 lagi masih hilang, menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC), hari ini.
Menurut NDRRMC, lebih daripada 590,000 orang terjejas akibat musibah itu, dan keadaan bencana diisytiharkan di 22 buah bandar di negara itu.