Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-40 Economic Daily

2023-01-02 13:28:58  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping mengutus surat tahniah sempena ulang tahun ke-40 penubuhan akhbar Economic Daily. 

Xi yang juga Presiden China merangkap Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC), berkata sepanjang empat dekad lalu, akhbar itu berperanan penting dalam menyebar luas teori inovatif Parti, mentafsir dasar ekonomi dan melaporkan pencapaian dalam pembangunan ekonomi.

Beliau berharap akhbar itu dapat menterjemahkan semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC, mengikut  orientasi politik yang betul dan mempercepat pembinaan sistem komunikasi omnimedia bagi menyumbang kepada pembangunan berkualiti ekonomi negara.

Ditubuhkan di Beijing pada 1 Januari 1983, Economic Daily kini mempunyai 16 agensi akhbar dan majalah di bawahnya.

Akhbar itu turut menjadi saluran penting bagi khalayak China untuk menerima maklumat berkenaan serta memahami pembangunan ekonomi dalam dan luar negara.