Industri Cermin Mata Rancak di Xinhe

2023-01-03 11:47:34  CRI
Share with:

Kaunti Xinhe, provinsi Hebei berusaha membangunkan industri pembuatan cermin mata untuk merangsang pembangunan ekonomi berkualiti tinggi setempat. Kini, terdapat 170 syarikat pengeluar cermin mata di kaunti ini. Produknya laris dijual di Jepun, Korea Selatan, Rusia, Itali dan negara-negara lain.

Nilai pengeluaran cermin mata di Xinhe boleh mencapai 1.95 bilion yuan (RM1.25 bilion) setahun.