52.71 Juta Pelancong Domestik Sempena Cuti Tahun Baharu

2023-01-03 11:32:45  CRI
Share with:

Cuti umum tahun baharu selama tiga hari menyaksikan aliran pengunjung seramai 52.71 juta orang yang melakukan perjalanan domestik di serata negara, menokok 0.44 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.  

Angka itu 42.8 peratus daripada paras yang dicatatkan semasa percutian tahun baharu 2019, menurut Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Sementara itu, pendapatan pelancongan domestik meningkat sebanyak 4 peratus kepada 26.52 bilion yuan (RM16.89 bilion), iaitu 35.1 peratus daripada paras direkod dalam tempoh sama pada 2019. 

Difahamkan, pasaran kebudayaan dan pelancongan di dalam negeri terus beroperasi secara selamat, stabil dan teratur pada keseluruhannya.