Pameran Lukisan Petani di Guangxi

2023-01-03 06:13:26  CRI
Share with:

Pameran lukisan petani dari kaunti Sanjiang diadakan di bandar Liuzhou, wilayah Guangxi pada 30 Disember lalu.

Terdapat 135 karya lukisan yang dihasilkan petani dipamerkan. Pelukis berjaya menggabungkan teknik lukisan tradisional petani dengan lukisan minyak Barat dan lukisan tradisional China, menghasilkan karya yang menggambarkan kehidupan, adat resam dan bangunan yang unik etnik Dong di kaunti Sanjiang.

Lukisan petani di Sanjiang disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara peringkat wilayah Guangxi.