Syria Kutuk Keras Serangan Israel di Damsyik

2023-01-03 12:29:54  CRI
Share with:

Serangan Israel menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik secara serius melanggar undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Kementerian Luar Syria pada Isnin. 

Syria turut menyeru Majlis Keselamatan PBB mengutuk dan menghukum jenayah yang dilakukan Israel untuk memastikan tindakan permusuhan itu tidak berlaku lagi.

Kementerian itu menerusi satu kenyataan menegaskan bahawa rakyat Syria akan terus mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah, serta menentang campur tangan kuasa luar.

Awal pagi Isnin, tentera Israel melancarkan serangan peluru berpandu menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik dan kawasan sekitarnya, menyaksikan dua askar maut dan dua orang lagi cedera.