UNSC Diminta Bincang Isu Temple Mount

2023-01-04 14:06:53  CRI
Share with:

China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu berkaitan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. 

Menurut sumber berkenaan, mesyuarat itu dijangka berlangsung esok.

Menteri Keselamatan berhaluan kanan Israel, Itamar Ben-Gvir dilaporkan mengunjungi Masjid Al-Aqsa, tapak suci yang dikenali sebagai Temple Mount oleh penganut Yahudi, pada pagi Selasa.

Tindakan itu mengundang kecaman keras daripada pelbagai pihak di Palestin.