Berhak Tuntut Pampasan Jika Jepun Lepas Air Tercemar ke Laut
Pada April dua tahun lalu, kerajaan Jepun mengumumkan rancangan untuk melepaskan air tercemar dari loji nuklear Fukushima ke laut mulai musim bunga 2023.
Semakin menghampiri masa itu, suara masyarakat antarabangsa yang menentang rancangan Jepun tersebut makin lantang kedengaran.
Penganalisis berkata, negara-negara Pasifik berhak memfailkan tuntutan bayaran pampasan atas pembuangan air sisa nuklear oleh Jepun sekiranya negara itu berdegil berbuat demikian.
Padahal, Jepun membuat keputusan itu semata-mata mahu menjimatkan masa dan kos pengurusan air sisa loji Fukushima. Namun, ia akan menyebabkan seluruh dunia terdedah kepada pencemaran nuklear.
Tingkah laku negara itu yang hanya mementingkan diri sendiri adalah sangat tidak bertanggungjawab.
Loji Fukushima pernah mengalami tragedi nuklear yang paling dahsyat hingga menghasilkan banyak air sisa nuklear, dengan jumlah simpanannya melebihi 1.3 juta tan pada masa ini.
Walaupun politikus Jepun mendakwa air sisa berkenaan 'selamat untuk diminum' selepas ditulenkan menggunakan sistem pembersihan multi-nuklid (ALPS), namun ia tidak benar sama sekali.
Laporan dikeluarkan agensi perlindungan alam sekitar antarabangsa, Greenpeace menunjukkan teknologi semasa Jepun tidak dapat mengelola strontium (Sr)-90 dan karbon-14 dalam air tercemar nuklear, yang masing-masing mempunyai separuh hayat selama 50 tahun dan 5,730 tahun. Kedua-dua radionuklid itu lebih berbahaya daripada tritium.
Kerajaan Jepun berdiri di sisi bertentangan dengan seluruh dunia apabila membuat keputusan berkenaan secara unilateral tanpa memikirkan sehabis daya pendekatan yang selamat, berkongsi maklumat secara terbuka mahupun berunding bersama negara-negara jiran dan institusi antarabangsa.
Semua negara berhak untuk mempertahankan kepentingan sendiri di sisi undang-undang.