MFA Perincikan Peraturan Baharu Perjalanan Rentas Sempadan

2023-01-05 16:24:51  CRI
Share with:

Mulai 8 Januari, para pengembara yang datang ke China perlu menjalani ujian asid nukleik (NAT) 48 jam sebelum berlepas dan individu yang diuji negatif boleh memasuki negara ini, menurut jurucakap Kementerian Luar (MFA) Mao Ning.

Sebelum ini, Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China mengumumkan keputusan untuk menurunkan tahap pengurusan wabak COVID-19 daripada Kelas A kepada Kelas B bermula 8 Januari 2023.

Mao berkata, menurut peraturan baharu mengenai perjalanan rentas sempadan, mereka yang mendapatkan keputusan ujian negatif boleh melakukan perjalanan selepas mengisi borang pengisytiharan kesihatan kastam tanpa perlu memohon kod kesihatan daripada kedutaan dan konsulat China.

Sekiranya didapati positif, perjalanan berkenaan akan dibenarkan selepas ujian seterusnya menunjukkan keputusan negatif.

Individu yang mengisytiharkan status kesihatan normal serta tiada keabnormalan semasa kuarantin rutin di kastam akan dibenarkan memasuki negara ini.

Mereka yang mempunyai pengisytiharan kesihatan tidak normal atau mengalami simptom demam atau pun gejala lain diwajibkan menjalani ujian antigen di kastam. 

Bagi individu positif COVID-19 namun tanpa gejala atau bergejala ringan serta tiada penyakit asas yang serius, mereka boleh melakukan kuarantin dan penjagaan kendiri di rumah.