Wanita Pertama China, Filipina Kunjungi Muzium Negara
Isteri Presiden China, Peng Liyuan mengiringi isteri Presiden Filipina, Louise Araneta Marcos dalam kunjungannya ke Muzium Negara China di sini, pada petang Rabu.
Kedua-dua wanita pertama negara masing-masing itu melawat Pameran Bersama Artifak Simpanan Kota Larangan dan Muzium Negara yang bertemakan 'Hidup Secara Harmoni'.
Kunjungan mereka diserikan dengan pameran lebih 400 artifak yang mencerminkan tamadun China bersejarah lama dan nilai China yang 'menjunjung tinggi persamaan'.
Peng dan Louise juga mengimbau kembali interaksi pemimpin negara generasi tua selain turut menzahirkan kegembiraan terhadap perkembangan hubungan persahabatan bilateral kedua-dua negara.
“China mengamalkan dasar 'akrab dengan jiran dan harmoni dengan dunia', dan Filipina pula adalah negara penting pesisir Jalan Sutera Maritim.
“Diharapkan agar Beijing dan Manila akan terus menyamarakkan persahabatan tradisional dan menaiktaraf hubungan bilateral,” ujar Peng.
Louise turut menzhirkan penghargaan kepada Peng atas undangan ke muzium berkenaan, sambil turut memuji artifak simpanan yang penuh seni dan pelbagai jenis.
Beliau juga berharap untuk mempunyai pemahaman yang lebih mendalam terhadap sejarah dan kebudayaan China.
“Rakyat kedua-dua negara diharap mewarisi semangat Jalan Sutera dan terus memperhebat persahabatan yang saling mempercayai,” kata Louise.