Lagi Farsa Politik, Telatah Umpama Maling Berteriak Maling

2023-01-05 15:13:23  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan kemasukan terhadap pengembara dari China bermula hari ini dengan dakwaan bahawa kemungkinan muncul mutasi strain baharu dan wujudnya risiko penularan.

Analisis strain virus COVID-19 menunjukkan, subvarian BA.5 merupakan strain Omicron yang dominan dalam kes jangkitan di China sekarang, yang telah pun merebak di AS pada beberapa bulan lalu.

Omicron XBB.1.5, varian utama yang sedang menular dalam kalangan penduduk AS, baru dikesan di Shanghai dan Hangzhou mutakhir ini.

Jelas sekali bahawa China adalah mangsa pandemik COVID-19.

Dengan mengabaikan fakta dan membelakangi sains, AS menghidangkan lagi farsa politik seumpama orang maling berteriak maling.

Data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS menunjukkan, strain virus COVID-19 yang menular di negara itu kekal bermutasi.

Adalah dijangkakan bahawa mutasi lanjutan varian XBB.1.5 menyumbang kira-kira 75 peratus daripada jumlah kes jangkitan baharu di timur laut negara berkenaan.

Di peringkat global, subvarian Omicron baharu itu dikesan di sekurang-kurangnya 74 negara dan wilayah setakat ini.

Dengan penyebaran secara global dan kemunculan berterusan strain bermutasi, varian baharu boleh ditemui di mana-mana sahaja.

Oleh itu, tiada asas saintifik dan keperluan untuk memperketat kemasukan pelancong dari China.

Kini, China sedang melakukan yang terbaik untuk mengimbangkan pencegahan dan kawalan wabak dengan pembangunan sosioekonomi.

Bermula 8 Januari, peraturan baharu membabitkan kelonggaran pengurusan COVID-19 akan dilaksanakan di negara ini, antaranya termasuk membatalkan kuarantin mandatori yang perlu dijalani pengembara asing semasa ketibaan di pintu sempadan.

Tindakan berkenaan turut disahut baik oleh banyak negara.

Sepanjang tiga tahun lalu, China sentiasa menegakkan prinsip ‘rakyat didahulukan, nyawa diutamakan’, di samping mengoptimumkan dan melaraskan langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak dalam setiap tempoh tetingkap.

Usaha itu turut menyumbang kepada tahap penularan dan jumlah kematian yang berada di paras paling rendah di dunia, sekali gus memberi sumbangan penting kepada tindak balas COVID-19 dan rejuvenasi ekonomi di peringkat global.

Selain itu, China juga berkongsi data genom virus COVID-19 daripada kes jangkitan tempatan menerusi Inisiatif Global mengenai Perkongsian Data Influenza (GISAID), memperlihatkan keterbukaan dan ketelusan yang konsisten.

Sebaliknya, AS sentiasa bertindak mempolitikkan wabak dan mengalihkan kesalahan kepada negara lain.

Perbuatan seumpama secara tidak langsung menjerumuskan negara itu ke dalam kegagalan memerangi COVID-19, malahan merencatkan usaha global dalam meleraikan isu kesihatan awam itu.