Hari Solar Xiaohan Tiba di China

2023-01-05 11:27:59  CRI
Share with:

Menurut kalendar "24 Hari Solar" Cina, "Xiaohan" (Minor Cold) jatuh pada hari ini iaitu 5 Januari.

Pada masa ini, cuaca akan menjadi semakin sejuk, namun suhu udara masih belum mencapai tahap terendah.

Kaum petani di kebanyakan kawasan China sudah bersedia untuk mencegah berlakunya kesejukan dan pembekuan, selain turut memulakan pembinaan kemudahan pengairan.