Pempolitikan Wabak COVID-19 Perlu Dielak

2023-01-05 11:09:15  CRI
Share with:

Pihak-pihak terlibat diharap memberi tumpuan kepada usaha melawan COVID-19, dan mengelak daripada membuat sebarang kenyataan dan amalan yang mempolitikkan wabak.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam taklimat media pada Rabu, ketika membidas kenyataan pegawai Amerika Syarikat (AS) mengenai usaha China menangani wabak.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price dilaporkan mendakwa China kurang telus dalam berkongsi maklumat mengenai wabak COVID-19.

Mao berkata, China sentiasa berkongsi maklumat dan data berkenaan dengan masyarakat antarabangsa dengan sikap bertanggungjawab.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, China turut menjalankan lebih 60 sesi interaksi dan pertukaran teknikal dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kerajaan China telah mengambil pendekatan yang bertanggungjawab dan melakukan yang terbaik sehingga memberi sumbangan penting, baik dalam melindungi kesihatan rakyat, mahupun menggalakkan kerjasama melawan wabak di peringkat global dan memacu pemulihan ekonomi sejagat,” ujar beliau.