Warna Merah Tambah Kemeriahan Sambutan TBC

2023-01-06 11:32:33  CRI
Share with:

Tahun Baharu China (TBC) 2023 akan jatuh pada 22 Januari ini. Warna merah yang melambangkan kemakmuran dan keriangan dianggap elemen wajib sempena sambutan TBC, dan boleh kelihatan di merata-rata tempat.

Rakyat China membakar mercun dan bunga api, membeli makanan dan hiasan untuk menyambut perayaan yang paling penting bagi rakyat China ini.

Pada masa ini, pasaran di seluruh negara kelihatan makin dinamik, manakala industri pelancongan, katering dan jualan runcit kian pulih.