Palestin dan Israel Diseru Kekal Bertenang

2023-01-06 12:36:37  CRI
Share with:

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menyeru agar pihak-pihak terlibat di Palestin dan Israel kekal bertenang dan menahan diri bagi mengelak ketegangan daripada terus meruncing. 

Menteri Keselamatan berhaluan kanan Israel, Itamar Ben-Gvir dilaporkan mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, yang dikenali sebagai Temple Mount oleh penganut Yahudi pada Selasa, sekali gus mencetuskan kemarahan Palestin dan banyak negara Arab.

Zhang berkata kelewatan pelaksanaan formula ‘penyelesaian dua negara’ adalah punca yang menyebabkan ketegangan Palestin-Israel berulang-ulang.

“China akan terus bersama-sama masyarakat antarabangsa menggalakkan penyelesaian isu Palestin secara tuntas dan adil, sekali gus menyumbang kepada kedamaian berkekalan di Asia Barat,” katanya semasa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Khamis.