Kerja Persiapan Musim Pengangkutan TBC Selesai

2023-01-06 17:37:56  CRI
Share with:

Kerja-kerja persiapan bagi perkhidmatan pengangkutan awam sempena Tahun Baharu Cina (TBC) sudah selesai pada asasnya, kata Naib Menteri Pengangkutan China, Xu Chengguang dalam taklimat media pada Jumaat.

Difamakankan, musim pengangkutan TBC 2023 adalah selama 40 hari, iaitu bermula pada 7 Januari hingga 15 Februari.

Menurut unjuran awal, jumlah aliran penumpang pada musim pengangkutan TBC tahun ini akan mencatat 2.095 billion orang, meningkat 99.5 peratus berbanding tahun lalu.