China, Turkmenistan Naiktaraf Hubungan

2023-01-06 17:34:14  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedov di Beijing pada pagi Jumaat.

Pemimpin kedua-dua negara mengumumkan penaiktarafan hubungan bilateral ke peringkat perkongsian strategik komprehensif.

Xi dalam rundingan itu meluahkan hasrat China untuk terus memperkasa kerjasama menyeluruh dan mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama dua negara.

Beliau menegaskan perlunya kedua-dua negara memperluas kerjasama sumber tenaga, mempercepat kolaborasi melibatkan projek penting, di samping meneroka potensi kerjasama dalam bidang seperti tenaga mesra alam, penggunaan gas asli dan teknologi.

Beliau juga menyarankan kedua-dua negara mempergiat kerjasama ekonomi dan perdagangan, memperkasa kesalinghubungan, mempertingkat interaksi dalam bidang perubatan, merapatkan pertukaran sosiobudaya, serta memperluas kerjasama media.

Serdar pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk mengukuhkan pertukaran lawatan dengan China, memperdalam kerjasama saling untung secara menyeluruh dan mewujudkan pembangunan bersama.

Menurutnya, Turkmenistan bersedia meningkatkan penyelarasan antara strategi ‘kebangkitan semula Jalan Sutera’ dengan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), terus memperkasa kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan dan sumber tenaga, di samping mendorong kesalinghubungan melalui usaha seperti pembinaan landasan kereta api rentas sempadan.