Pementasan Teater Bantu Pelajar M'sia Kenali China

2023-01-06 16:29:34  CRI
Share with:

Aktiviti pementasan teater karya agung China memberi pendedahan kepada pelajar sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) Malaysia untuk mengenal dan memahami negara China.

Demikian ujar Presiden Pusat Kebudayaan Han Malaysia, Datuk Goh Hin San selepas majlis penutupan dan penyampaian hadiah Pertandingan Teater Bahasa Melayu SJKC di Kuala Lumpur pada Khamis.

Lakonan pementasan teater babak klasik Hikayat Tiga Negara oleh pelajar dari sembilan buah sekolah tempatan mendapat pujian ramai.

Datuk Goh turut menyifatkan aktiviti berkenaan sebagai program pertukaran budaya sempena ulang tahun ke-10 penjalinan perkongsian strategik komprehensif antara Malaysia dengan China.