Lagi Rakyat Syria Diculik SDF

2023-01-06 14:00:20  CRI
Share with:

Angkatan Demokratik Syria (SDF) pimpinan Kurdish yang disokong Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menculik lagi rakyat jelata pada Khamis. 

Agensi berita SANA melaporkan, SDF mengepung beberapa kampung di selatan Qamishli, wilayah Hassakeh dan menculik ramai pemuda ke lokasi yang tidak diketahui.

Anggota SDF bertindak ganas terhadap penduduk yang cuba melawan dan merampas harta mereka sehingga mencetuskan panik serta kemarahan dalam kalangan masyarakat tempatan.

Awal hari itu, SDF turut menyerang sebahagian kampung dan ladang pertanian di wilayah Ar Raqqah, utara Syria dan menculik beberapa penduduk ke pangkalannya.