Perlu Dengar Suara Rasional, Junjung Sains
Persatuan Penyakit Berjangkit Amerika (IDSA) menyatakan mereka tidak bersetuju dengan langkah kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyekat kemasukan pelancong dari China.
Dalam satu kenyataan menerusi media sosial pada Jumaat, IDSA berkata tindakan itu bukan sahaja tidak berkesan bagi mencegah penyebaran virus, malah tidak membantu penilaian menyeluruh terhadap kesan akibat peningkatan kes COVID-19 di dunia.
Bukan IDSA sahaja, ramai pakar epidemiologi baru-baru ini juga sebulat suara menyatakan bahawa tiada keperluan untuk mengenakan sekatan perjalanan terhadap China.
Usaha melawan COVID-19 perlu dijalankan berlandaskan sains. Namun, prinsip ini sentiasa diabaikan AS.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu, data genom virus disediakan Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China menunjukkan bahawa strain yang dominan di China sekarang adalah konsisten dengan urutan genom daripada pelancong China dijangkiti COVID-19 yang diserahkan negara lain. Tiada varian baharu atau mutasi ketara ditemui.
Sedangkan, lebih 40 peratus jangkitan COVID-19 di AS buat masa ini disebabkan oleh varian XBB.1.5 yang paling dominan di negara itu. China sebenarnya menjadi mangsa yang terdedah kepada risiko strain baharu dari AS.
Semangat saintifik perlu dijunjung dalam usaha melawan wabak, kalau tidak ia pastinya mengundang padah yang teruk.
Berdepan wabak COVID-19, politikus AS dilihat asyik mengaut laba politik, terlibat dalam perlawanan sesama parti dan membuli saintis yang bercakap benar.
Setelah menelan kegagalan dalam menangani wabak, adakah si politikus akan terus menginjak-injakkan sains? Jika berdegil berbuat demikian, ia boleh dianggap sebagai kegiatan jenayah ke atas rakyat AS, dan nescaya menerima hukuman daripada sains.