Dewan Perwakilan AS Masih Tiada Speaker

2023-01-07 12:14:13  CRI
Share with:

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) kekal tiada Speaker apabila calon Parti Republikan, Kevin McCarthy gagal sekali lagi untuk mendapatkan jawatan itu selama tiga hari berturut-turut.

Pengundian pusingan ke-12 yang diadakan pada Jumaat menyaksikan McCarthy memperoleh sebanyak 213 undi, yang tidak cukup untuk dipilih sebagai penggubal undang-undang tertinggi Washington.

Dewan berkenaan kini mengadakan undian pusingan ke-13 sehingga seseorang muncul dengan majoriti.

Ini adalah pertama kali dalam tempoh 164 tahun Dewan Perwakilan mengambil masa empat hari untuk memilih Speaker.