Hasil Kerjasama Ekonomi China, Filipina Memberangsangkan

2023-01-07 12:37:49  CRI
Share with:

Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan Filipina membuahkan hasil yang memberangsangkan pada beberapa tahun kebelakangan ini, kata jurucakap Kementerian Perdagangan China pada Jumaat.

Difahamkan, China menjadi rakan dagang terbesar bagi Filipina selama enam tahun berturut-turut setakat akhir 2021, dan juga pasaran eksport kedua terbesar negara itu serta pasaran eksport ketiga terbesar bagi produk pertanian Filipina.

Menurut statistik, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencecah AS$80.41 bilion dalam 11 bulan pertama 2022, naik 8.3 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.