Perkongsian Mantap Kondusif bagi Kestabilan Global: Marcos

2023-01-07 13:58:21  CRI
Share with:

Perkongsian pasca pandemik COVID-19 termasuk yang dijalinkan antara Filipina dengan China, akan menyumbang kepada kestabilan global.

Demikian kata Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos Jr dalam satu temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG), sempena lawatan rasminya ke China pada 3 hingga 5 Januari.

Marcos menyatakan lawatan kali ini memberi peluang kepada pihaknya untuk memperkukuh hubungan bilateral.

Beliau menyifatkan China dan Filipina sebagai sahabat baik, walaupun wujudnya kesukaran dan perselisihan dalam isu Laut China Selatan.

Katanya, masalah berkenaan pasti akan diselesaikan melalui perundingan yang muhibah dan adil, sekali gus menemukan pendekatan yang saling menguntungkan.

Beliau turut menyatakan bahawa hubungan diplomatik dijalin antara kedua-dua negara mempunyai asas yang amat kukuh untuk terus dipertingkatkan.