Kevin McCarthy Dipilih Speaker Dewan Perwakilan AS

2023-01-08 15:24:47  CRI
Share with:

Pusingan pengundian ke-15 menyaksikan calon Parti Republikan, Kevin McCarthy dipilih sebagai Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), pada Sabtu.

Penganalisis berpendapat, kecelaruan pemilihan Speaker kali ini berpunca daripada berlakunya polarisasi politik yang semakin teruk serta persengketaan sesama parti yang semakin sengit di negara itu.

Laporan New York Times berbunyi, pertikaian politik itu menunjukkan kebarangkalian Kongres AS terjerumus ke dalam huru-hara secara berulang kali dalam tempoh dua tahun akan datang.

Presiden AS Joe Biden berkata ketidakupayaan Kongres untuk berfungsi sepenuhnya adalah ‘memalukan’ bagi negara itu.