PM Pakistan Syukuri Bantuan China Tangani Banjir

2023-01-08 14:28:53  CRI
Share with:

Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shahbaz Sharif mengucapkan terima kasih atas bantuan yang disalurkan kerajaan dan perusahaan China kepada penduduk di kawasan bencana selepas negara itu dilanda banjir besar.

Shahbaz menghadiri majlis penyerahan derma yang disumbangkan China Energy Engineering Corporation (CEEC) kepada Tabung Bantuan Banjir Pakistan, di Islamabad pada Jumaat.

Beliau turut mensyukuri perusahaan China yang selama ini aktif menunaikan tanggungjawab sosial mereka di Pakistan, khususnya menghulurkan bantuan sedapat mungkin kepada penduduk yang ditimpa bencana banjir pada tahun lepas.

Menyentuh pembinaan Koridor Ekonomi Pakistan-China (CPEC), PM itu menyifatkan projek berkenaan membawa limpahan manfaat kepada rakyat negaranya.

Shahbaz turut memuji sumbangan luar biasa perusahaan China dalam pelbagai sektor di Pakistan antaranya termasuk tenaga dan infrastruktur.

"Pakistan mengalu-alukan syarikat China aktif terlibat dalam pelaburan dan pembangunan tenaga alternatif terutamanya fotovoltan," kata beliau.