Maskot dan Produk Budaya Kreatif CMG bagi Gala TBC 2023 Dilancarkan

2023-01-09 11:45:53  CRI
Share with:

“Tu Yuanyuan”, maskot Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2023 anjuran Kumpulan Media China (CMG) dan “Tu Tuantuan”, iaitu imej produk budaya kreatif Tahun Zodiak Arnab hasilan CMG buat kali pertama ditunjukkan kepada orang awam pada Ahad.

Pada sidang akhbar berkenaan, “Tu Yuanyuan” yang bermata besar kelihatan cerah dan comel ketika diatur membuat debutnya sebagai maskot Gala TBC 2023.

Ilham pereka bentuk “Tu Yuanyuan” yang mempunyai empat gigi depan berpunca dari imej pemulihan ekologi fosil pika--sejenis arnab berupa tikus (Mimotona wana Li) yang berusia kira-kira 62 juta tahun. Karya itu bukan sahaja mengandungi makna dan rasa estetik milik arnab dalam budaya tradisional Cina, tetapi juga selaras dengan kegemaran dan harapan para netizen.

“Tu Yuanyuan” akan ditugaskan membuka tirai Gala TBC 2023 pada malam 21 Jan 2023.

Selain itu, ilham pereka bentuk “Tu Tuantuan” pula berpunca dari tanglung tradisional yang berbentuk arnab.

Imejnya yang bercorak arca tanah liat hasilan Fengxiang provinsi Shaanxi mencerminkan semangat segar dan kesejahteraan rakyat.