AS Digesa Kaji Diri

2023-01-09 16:36:18  CRI
Share with:

Langkah baharu yang menurunkan tahap pencegahan dan kawalan wabak COVID-19 daripada kelas A kepada kelas B, dilaksanakan secara rasmi bermula 8 Januari. Ini bermakna individu dan barangan yang masuk wilayah China tidak lagi dikenakan langkah ujian saringan dan kuarantin yang diambil bagi mengawal penyakit berjangkit. Serentak itu, pelancongan outbound China juga pulih dengan beransur-ansur. Menurut data daripada sebuah platform pelancongan, jumlah tempahan tiket kapal terbang keluar dan masuk China semalam mencatat rekod tertinggi sejak Mac tahun 2020.

Setelah mengharungi perjuangan yang penuh dengan ranjau duri dalam mencegah dan mengawal wabak COVID-19 dalam tempoh tiga tahun lalu, kerajaan China bertindak pantas membuat pengubahsuaian terhadap dasar pencegahan wabak menurut perkembangan situasi semasa, yang dilihat kondusif bagi menyelaraskan pencegahan wabak dengan pembangunan sosioekonomi dan memudahkan pergaulan dengan rakyat asing.

Namun, segelintir politikus dan warga media Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini mencanangkan bahawa China patut ‘melonggarkan kawalan kuarantin’, kini merubah sikapnya dengan menuduh langkah China yang mengubahsuai pencegahan dan kawalan wabak bahkan bertindak menyekat kemasukan pengembara China. Wajah mereka yang kecil hati tentang pencapaian China dalam membendung wabak,terdedah dalam amalan dwistandard yang munafik.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, kerajaan China mengambil langkah-langkah pencegahan wabak yang fleksibel berdasarkan prinsip mengutamakan kepentingan rakyat. Setakat ini, lebih 90% rakyat China sudah menerima penyuntikan vaksin COVID-19 yang sepanjang proses sedangkan jumlah kumulatif penyuntikan vaksin COVID-19 di seluruh negara mencecah 3.48 bilion dos, dan kedua-dua pencapaian ini turut merupakan jaminan kuat dalam bidang pengimunan.

China yang teruji dalam wabak COVID-19 yang berlarutan selama tiga tahun, telah menyempurnakan sistem pencegahan penularan penyakit dan menambah simpanan sumber bagi merawat pesakit yang teruk. Serentak itu, rakyat China dapat dibantu mencapai kemajuan besar dalam meningkatkan penginsafan dan pengetahuan tentang kesihatan,beserta kemampuan menjaga kesihatan pribadi. Walaupun muncul masalah terbabit dalam tempoh pelaksanaan langkah-langkah pengubahsuaian di China sekarang ini, penularan wabak tetap berada dalam kedaaan terkawal menurut penilaian saintifik. Memandangkan kempen membendung wabak di China sudah memasuki satu fasa baharu, pertumbuhan ekonomi dunia pasti akan mendapat rangsangan yang kuat.

Jauh berbeza dengan pencapaian yang dilakar China,AS menyaksikan berlakunya malapetaka secara berturut-turut  dalam tempoh tiga tahun lalu, ekoran pelaksanaan dasar kesihatan awam yang lalai dan operasi sistem politik kurang pantas.

AS dilanda pelbagai varian COVID-19 pada masa ini sehingga rakyatnya terpaksa mengalami kesengsaraan.Namun, segelintir politikus AS yang bercuai dalam kerja mereka tidak memilih mengaji diri, malah bertindak memfitnah pencapaian China dalam menangkis wabak, dan bertalu-talu mempolitikkan isu wabak bagi memindahkan tumpuan masyarakat domestiknya. Betapa gabas lakonannya dan betapa keji niatnya.