Pintu Keluar Masuk China Kembali Sibuk

2023-01-09 13:56:31  CRI
Share with:

China mula melaksanakan dasar baharu berhubung pengurusan wabak COVID-19 pada Ahad dengan menurunkan tahapnya daripada kelas A kepada kelas B.


Dengan penguatkuasaan dasar baharu itu, pelbagai pintu keluar masuk di negara ini kembali sibuk semula dengan aliran pelancong dan kargo terus meningkat.


Di Xinjiang, empat  pintu keluar masuk darat termasuk Horgos, Irkeshtan, Karasu, dan Tashken kembali beroperasi secara normal.


Menurut pemerhatian di pintu keluar masuk Horgos, iaitu pintu darat terbesar antara China dengan Kazakhstan, kebanyakan individu yang memasuki China dengan tujuan untuk mengunjungi saudara mara, berbisnes serta membeli-belah sempena tahun baharu.


Turut sama memulih secara beransur-ansur adalah laluan darat di wilayah Guangxi di barat daya China.


Seiring dengan dasar pembendungan wabak yang dioptimumkan, pengembara antarabangsa yang ingin masuk ke China melalui kastam Youyi,  hanya perlu menjalani ujian asid nukleik (NAT) 48 jam sebelum berlepas dan tidak perlu menjalani kuarantin sekiranya memperoleh keputusan negatif.


Menurut Pentadbiran Imigresen Negara (NIA) China, dasar pengecualian visa transit 24 jam, 144 jam pula akan dilaksanakan semula bagi pengembara yang melalui Beijing bermula 8 Januari.